Kehidupan awal dan kerjaya peragaan Arielle Kebbel

Kebbel dilahirkan pada 19 Februari 1985, di Winter Park, Florida. Beliau kebanyakannya berketurunan Jerman dan Swiss Jerman. Ibunya, Sheri, seorang pengurus bakat dan memiliki sebuah syarikat penerbitan.[1] Kebbel menamatkan pelajarannya dari Sekolah Crenshaw di Winter Garden. Beliau ialah naib juara pertama pada pertandingan ratu cantik Miss Florida Teen USA 2002.[2] Sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan, Kebbel adalah model sepenuh masa. Beliau dilatih di Lisa Maile Image, Modeling & Acting School di Florida.[2] Sejak itu beliau muncul dalam banyak majalah seperti Maxim, H, Lucky, Men's Health, Stuff, FHM . Vegas, Bello[3] dan Razor.[4]

Rujukan

WikiPedia: Arielle Kebbel http://www.imdb.com/name/nm0444223/ http://www.walb.com/Global/story.asp?S=8694441&nav... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://mak.bn.org.pl/cgi-bin/KHW/makwww.exe?BM=1&N... https://bellomag.com/ux-portfolio/arielle-kebbel/ https://www.famousfix.com/topic/arielle-kebbel/mag... https://www.tvguide.com/celebrities/arielle-kebbel... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb15706668s https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb15706668s https://id.loc.gov/authorities/names/no2007049708